Kesedaran Sumber Air untuk Generasi Masa Depan
Web Aplikasi ePembelajaran Modul Sumber Air dibangunkan sebagai satu platform digital bersepadu bagi menyokong pelaksanaan program Kesedaran Sumber Air (KESSA). Program KESSA adalah selaras dengan aspirasi dan objektif UNESCO-IHP dalam mempromosikan pendidikan air, peningkatan kapasiti serta kesedaran awam mengenai kepentingan pengurusan sumber air yang lestari. Dari sudut pelaksanaan, pembangunan web aplikasi ini turut menyokong keperluan pelaporan SDG 6.5.1 selaras dengan prinsip Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Melalui platform ini, pelaksanaan KESSA dapat diperluaskan lagi kepada pelbagai kumpulan sasaran termasuklah pembuat dasar, pemain industri, pengguna air, serta kumpulan khas seperti belia, pelajar dan suri rumah serta Masyarakat peribumi.
Impak Program Kesedaran Air di Seluruh Malaysia
Pakar-pakar dalam bidang sumber air dan alam sekitar
Berita dan kemas kini terbaru mengenai sumber air
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengumumkan perluasan program pemantauan kualiti air sungai melibatkan 200 stesen baharu di Selangor, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan keberkesanan pemuliharaan sumber air negara.
Seramai 500 belia dari seluruh Malaysia menyertai Bengkel Kesedaran Air Peringkat Kebangsaan anjuran bersama UNESCO-IHP Malaysia dan JPS. Program ini menerapkan kemahiran pemantauan sungai dan penjagaan sumber air secara praktikal.
Platform e-pembelajaran KESSA kini dinaik taraf dengan 20 modul interaktif termasuk elemen gamifikasi dan realiti maya. Pelajar boleh meneroka dunia akuatik sambil mempelajari kepentingan pemuliharaan sumber air melalui aktiviti digital yang menarik.