Aktiviti pengukuran sungai
Aktiviti pelepasan ikan
Ujian kualiti air bersama belia
KESSA Kesedaran Sumber Air

Hutan Hujan Tropika

Pelihara Sumber Air ke Arah Kehidupan Lestari

Tentang KESSA

Kesedaran Sumber Air — Pendidikan untuk Kelestarian

KESSA Kesedaran Sumber Air

PENGENALAN

Web Aplikasi ePembelajaran Modul Sumber Air dibangunkan sebagai satu platform digital bersepadu bagi menyokong pelaksanaan program Kesedaran Sumber Air (KESSA). Program KESSA adalah selaras dengan aspirasi dan objektif UNESCO-IHP dalam mempromosikan pendidikan air, peningkatan kapasiti serta kesedaran awam mengenai kepentingan pengurusan sumber air yang lestari. Dari sudut pelaksanaan, pembangunan web aplikasi ini turut menyokong keperluan pelaporan SDG 6.5.1 selaras dengan prinsip Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Melalui platform ini, pelaksanaan KESSA dapat diperluaskan lagi kepada pelbagai kumpulan sasaran termasuklah pembuat dasar, pemain industri, pengguna air, serta kumpulan khas seperti belia, pelajar dan suri rumah serta Masyarakat peribumi.

OBJEKTIF KESSA

  • Memberi kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sumber air yang cekap bagi menjamin sumber air yang mampan;
  • Meningkatkan pengetahuan tentang modul-modul kesedaran sumber air yang boleh dimanfaatkan bagi memastikan penjimatan penggunaan air dalam kehidupan seharian; dan
  • Mengukuhkan kerjasama antara pihak Kerajaan, agensi swasta, rakan penyelidik akademik, sekolah dan masyarakat dalam usaha pemuliharaan sumber air dan kecekapan penjimatan penggunaan air.

SENARAI MODUL

  • Water Watch Programme for Young Leaders (WWP4YL) Modules Series I
  • Water Watch Programme for Young Leaders (WWP4YL) Modules Series II
  • Modul Program Kesedaran Sumber Air (KESSA)
Pelihara Sumber Air ke Arah Kehidupan Lestari

Statistik KESSA

Data terkini penglibatan pelajar dan komuniti

0
Pengguna Berdaftar
0
Jumlah Kursus
52%/48%
Lelaki / Perempuan
Pelbagai Bangsa
Kepelbagaian Etnik
Melayu, Cina, India, Masyarakat Peribumi, Lain-lain
7 – 26+
Peringkat Umur
7-12, 13-17, 18-25, 26+

Kenali Tenaga Pengajar Kami

Pakar berdedikasi membimbing generasi penjaga alam

Ir. Ts. Sazali bin Osman
Ir. Ts. Sazali bin Osman
Ketua Jabatan
Puan Larifah binti Mohd Sidik
Puan Larifah binti Mohd Sidik
Pakar Hidrologi
Encik Muhammad Akid bin Zaimi
Encik Muhammad Akid bin Zaimi
Fasilitator Muda

Info Terkini

Berita dan kemas kini berkaitan sumber air

5 Februari 2026
Program Pemantauan Kualiti Air Sungai Kelantan Bermula

JPS melancarkan program pemantauan kualiti air di sepanjang Sungai Kelantan bersama komuniti tempatan dan pelajar sekolah. Program ini melibatkan ujian kimia dan biologi secara berkala.

Baca Lagi →
28 Januari 2026
Bengkel Pemuliharaan Air untuk Belia di Sabah

Lebih 200 belia menyertai bengkel interaktif bertemakan pemuliharaan air di Kota Kinabalu. Peserta belajar tentang kitar air, pengurusan sisa, dan amalan bijak air dalam kehidupan harian.

Baca Lagi →
15 Januari 2026
Kajian Baharu: Perubahan Iklim dan Kesan terhadap Sumber Air

Kajian terbaharu NAHRIM mendapati perubahan iklim memberi kesan ketara kepada kitaran hidrologi di Semenanjung Malaysia. Paras air tanah didapati menurun di beberapa negeri utara.

Baca Lagi →