Aktiviti pengukuran sungai
Aktiviti pelepasan ikan
Ujian kualiti air bersama belia
💧
KESSA

Pelihara Sumber Air ke Arah Kehidupan Lestari

Modul Kesedaran Sumber Air untuk Generasi Masa Depan

🌈 Sedia untuk Belajar?

Tentang KESSA

Kesedaran Sumber Air — Pembelajaran Interaktif untuk Semua

☁️💧

KESSA

Kesedaran Sumber Air

PENGENALAN

Web Aplikasi ePembelajaran Modul Sumber Air dibangunkan sebagai satu platform digital bersepadu bagi menyokong pelaksanaan program Kesedaran Sumber Air (KESSA). Program KESSA adalah selaras dengan aspirasi dan objektif UNESCO-IHP dalam mempromosikan pendidikan air, peningkatan kapasiti serta kesedaran awam mengenai kepentingan pengurusan sumber air yang lestari. Dari sudut pelaksanaan, pembangunan web aplikasi ini turut menyokong keperluan pelaporan SDG 6.5.1 selaras dengan prinsip Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Melalui platform ini, pelaksanaan KESSA dapat diperluaskan lagi kepada pelbagai kumpulan sasaran termasuklah pembuat dasar, pemain industri, pengguna air, serta kumpulan khas seperti belia, pelajar dan suri rumah serta Masyarakat peribumi.

OBJEKTIF KESSA

  • Memberi kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sumber air yang cekap bagi menjamin sumber air yang mampan;
  • Meningkatkan pengetahuan tentang modul-modul kesedaran sumber air yang boleh dimanfaatkan bagi memastikan penjimatan penggunaan air dalam kehidupan seharian; dan
  • Mengukuhkan kerjasama antara pihak Kerajaan, agensi swasta, rakan penyelidik akademik, sekolah dan masyarakat dalam usaha pemuliharaan sumber air dan kecekapan penjimatan penggunaan air.

SENARAI MODUL

  • Water Watch Programme for Young Leaders (WWP4YL) Modules Series I
  • Water Watch Programme for Young Leaders (WWP4YL) Modules Series II
  • Modul Program Kesedaran Sumber Air (KESSA)
🌈 "Pelihara Sumber Air ke Arah Kehidupan Lestari"

Statistik Kami

Angka yang membuktikan impak KESSA

0 Pengguna Berdaftar
0 Jumlah Kursus
52% / 48% Lelaki / Perempuan

🌏 Bangsa

Melayu Cina India Masyarakat Peribumi Lain-lain

🎂 Peringkat Umur

7 – 12 tahun 13 – 17 tahun 18 – 25 tahun 26+ tahun

Kenali Tenaga Pengajar Kami

Pakar-pakar berdedikasi dalam bidang hidrologi dan alam sekitar

Ir. Ts. Sazali bin Osman
Ir. Ts. Sazali bin Osman
Ketua Jabatan
Puan Larifah binti Mohd Sidik
Puan Larifah binti Mohd Sidik
Pakar Hidrologi
Encik Muhammad Akid bin Zaimi
Encik Muhammad Akid bin Zaimi
Fasilitator Muda

Info Terkini

Berita dan kemas kini berkaitan sumber air

15 Januari 2026
Program Pemantauan Kualiti Air Sungai Langat Peringkat Kebangsaan
Lebih 500 pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia menyertai program pemantauan kualiti air sungai menggunakan penunjuk biologi. Program ini diadakan dengan kerjasama JPS dan universiti tempatan.
Baca Lagi →
28 Disember 2025
Pelancaran Modul Baru: Aqua Hero — Misi Selamatkan Air Sungai
Modul interaktif terbaru KESSA dengan kerjasama UiTM telah dilancarkan. Modul ini menggunakan pendekatan gamifikasi untuk mendidik belia tentang pemuliharaan air sungai.
Baca Lagi →
10 November 2025
Bengkel Kesedaran Air Bawah Tanah untuk Komuniti Orang Asli
Bengkel dua hari telah diadakan untuk komuniti Orang Asli di Pahang bagi meningkatkan pemahaman tentang air bawah tanah dan cara melindungi sumber air bersih mereka.
Baca Lagi →